Skip to main content

Kuih Seri Muka

Hai semua..kali ni sis nak kongsi 1 kuih fevret sis..resepi ni sis dpt dari fb, tapi lupa sangat-sangat sapakah nama pemiliknya..ok jom mulakan..

Rendam 1 cawan beras pulut dalam 1 jam..sis pakai pulut susu siam..

Pastu dalam loyang sederhana besar..masukkan..
1 cawan beras pulut
1 cawan santan cair (nisbah 1/2 cawan santan pekat + 1/2 cawan air)
1/2 sudu kecil garam (sudu kfc)
Kukus selama 30 minit..pastu kaut-kaut dengan sudip, bagi pulut rata..ketepikan..

Sedia kan 1 loyang..sapukan loyang dengan minyak masak..pastu ambil plastik dan letakkan plastik atas minyak tadi (nanti mudah nak keluarkan kuih nanti) pastu masukkan pulut, tekan bagi pulut jadi padat..ratakan..ketepikan..

Ambil pengisar..masukkan..
5 helai daun pandan (potong)
1 1/2 cawan santan pekat (pati)
Kisar hingga daun pandan lumat..

Dalam besen lain..masukkan..
1 biji telur
1/2 cawan gula
1/2 cawan tepung gandum
1/2 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu kecil garam (sudu kfc)
1/2 sudu kecil esen vanilla
Sedikit pewarna hijau (kalau adunan tak berapa nak hijau)
Aduk kesemua bahan ni hingga tak berketul..pastu masukkan bahan yg di kisar tadi..aduk hingga sebati..

Tuang dan tapis adunan ni ke atas pulut kukus tadi..kukus lagi selama 30 minit..

Tips..
>> Tunggu kuih betul-betul sejuk.. baru potong pakai pisau plastik..
>> Tutup penutup pengukus dengan tuala kecil..

Siap..ni hasil nye..



Ini pula resepi asal tuannya..




Comments

Popular posts from this blog

Sukatan Cawan

Inilah cawan yang saya guna..memandangkan penimbang dah lama rosak..nak beli pun bukan nya guna selalu..jadi pakailah cawan..mana-mana resepi yang saya nak cuba..semua saya convertkan ke sukatan cawan..hehehe.. Sukatan tepung 45g = 1/4 cawan 65g = 1/2 cawan 90g = 3/4 cawan 125g = 1 cawan 250g = 2 cawan 10g = 2 sudu kecil 15g = 2 sudu besar ****************************** Sukan mentega 80g = 1/4 cawan 125g = 1/2 cawan 190g = 3/4 cawan 250g = 1 cawan 10g = 1 sudu kecil 15g = 1 sudu besar ****************************** Sukatan gula 80g = 1/4 cawan 125g = 1/2 cawan 190g = 3/4 cawan 250g = 1 cawan 10g = 1 sudu kecil 15g = 1 sudu besar ******************************   Sukatan cecair 50ml = 1/4 cawan 125ml = 1/2 cawan 180ml = 3/4 cawan 250ml = 1 cawan 1000ml /1 liter = 4 cawan

Ikan Tongkol Masak Taucu

dah lama tak ber blog..jadi hari nak post resepi Ikan Tongkol Masak Taucu..suami tetiba minta masakan ni..jom masak.. beberapa ketol ikan tongkol / aya hitam  (gaul garam dan kunyit) - goreng dan ketepikan **kisar kasar / tumbuk semua bahan-bahan ni..kemudian tumis hingga kekuningan..  1 labu bawang besar saiz sederhana atau 3-5 biji bawang kecil 4 ulas bawang putih 1 inci halia kemudian masukkan.. 2/3 sb taucu 1 sk +- pes asam jawa adabi air dan garam secukupnya kemudian masukkan sayur 1  biji bawang besar - potong gelang/bulat 4 biji lada besar hijau - potong 2 2 biji timun batang - potong ikut suka 2 biji tomato biarkan gelegak..agak-agak layu sikit sayur tu..angkat laaa...siap..

Keli Bakar kuah Santan (asam koli)

nak kongsikan resepi ikan keli lagi.. berkuah kan santan.. resepi mak mertua dan kesukaan suami.. buh dalam blog pasal mudah lupa.. 6 - 7 ekor ikan keli  bakar sampai kering, jangan hangus pula.. lepas tu patah-patahkan dan buang tulang tengah..ketepikan.. 1 biji kelapa - santan letak santan dalam mangkuk..kemudian masukkan kesemua bahan-bahan ni kedalam santan.. 6 - 8 biji bawang merah - mayang 4 - 5 biji limau nipis (potong dan perah) lagi banyak, lagi masam, lagi sedap.. 15 - 20 biji cili padi - ketuk-ketuk jangan sampai hancur sangat air dan garam secukupnya ramas-ramas kesemua bahan-bahan ni..kemudian masukkan ikan tadi..gaul sebati..siap..