Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2019

Rendang Tok Perak

kali ni suami minta  Rendang Tok Perak ..cari- cari dapat resepi ni dalam facebook..dalam banyak- banyak resepi..kenan cara masakan fb nurzarina..jadi saya cubalah.. tadaaa siappp.. sedap di tekak kami.. yang makan kata tak sedap nanti masak sendiri wokeh.. hahahaha Bahan-bahan (A) - perap dengan daging 1 kg daging potong kiub *20 tangkai cili kering *4 biji bawang besar *6 ulas bawang putih *4 inci halia *4 inci lengkuas * 2 inci kunyit *4 batang serai 2 sudu mkn jintan manis 2 sudu mkn jintan putih 2 sudu mkn ketumbar 2 sudu mkn lada hitam 3 biji buah keras (resepi asal 5 biji) **Semua bahan bertanda *dikisar halus.. **bahan rempah ratus disangai dan kisar.. satukan semua bahan dgn daging dan perap semalaman dalam peti sejuk.. Bahan-bahan (B) 500ml santan pekat @ dr 2 biji kelapa 5 sudu mkn kerisik 3 sudu mkn gula melaka 1 sudu kecil pes asam jawa adabi Garam & Air secukupnya Bahan-bahan (C) - tumis 2 keping kulit kayu manis 4 kuntum bunga lawang

Chocolate Delight Cookies

bahan-b ahannya adalah.. 1 cawan buttercup 3/4 cawan gula kastor putar hingga hancur sebati kedua-duanya.. Kemudian masukkan.. 1 biji telur (kuning sahaja) 1 sk esen vanila 1 sb emulco coklat 1/2 cawan serbuk koko kemud ian masukkan ba han-bahan ayak .. 3 cawan tepung red rose ( 1 cawan terakhir tambah sikit-sikit tepung hingga lembut adunan ) 1/ 4 cawan tepung jagung hiasan : coklat rice bakar biskut pada suhu 160'c / 20 minit ** tiada gambar bermakna saya belum pernah buat laa...hahahaha

Red Velvet Cookies

hi.. part sini dulu..tahun depan nak cuba..resepi azlina ina juga..hihiihii... p utar atau guna senduk je..tapi saya guna mixer..hahaha..malas nak godek-godek.. 1/2 cawan buttercup 1 cawan gula perang kemudian masukkan.. 1 biji tel u r ( kuning sahaja ) 1 sk esen vanila s ecubit garam 1 sb minyak sapi kemudian masukkan.. 2 sk pewarna merah 1 sk pewarna oren 2 sb serbuk koko 1 sk cuka 1 sk baking powder 1/2 sk soda bikarbonat     k emudian masukkan bahan-bahan yang di ayak bersama.. 1 3/4 cawan tepung red rose 2 sb tepung jagung 1 sb tepung beras a khir sekali gunakan senduk saja untuk mengaul..masukkan.. 100g white choc chip ( jenis tak mencair bila bakar ) 100g almond nib ( bakar dahulu 100'c/ 10 minit ) tompok-tompok biskut sebesar saiz 2 0sen..jangan tekan-tekan..biarkan ia berongga dan tinggi..nanti ia akan mengembang dan meleperkan diri.. b akar suhu 160'c / 20 minit ... ** tiada gambar bermakna saya belum pernah buat laa...hahahaha

Tat Nenas Gulung dan Bunga

hai u olls..tahun nak buat tat resepi lain pula..nak cuba resepi daripada fb azlina ina ..jom cuba..sedap... mula-mula kita putar ke..gaul ke..mixer ke..semua boleh.. 200g buttercup (1  cawan metric) 3 sb susu pekat kemudian masukkan.. 1 biji telur (kuning sahaja) 1 sk esen vanila kacau semua bahan-bahan ni hingga sebati.. masukkan bahan yang di ayak bersama 2 sb tepung jagung (membukit) 2 sb tepung kastard (membukit) 2 1/2 cawan tepung gandum red rose uli hingga lembut..kalau masih lembik boleh tambahkan tepung red rose sikit-sikit.. 1/2 kg jem nenas premium - gentel bulat atau lonjong  (1 kg jem nenas = 2 adunan) Cara: sapu tangan dengan marjerin/minyak gentel bulat-bulat.. untuk sapuan atas tat: 1 biji kuning telur (tak cukup pecahkan lagi telur) gulung tat dan sapu kuning telor..   bakar suhu 160'c/20 minit   (panaskan oven selama 10 minit) tat bunga ( 50+- ) biji tat gulung ( 100 +- ) biji