Skip to main content

Posts

Showing posts from 2018

Masak Lemak Labu

jom masak labu pumpkin kuning..hehehe.. tumbuk kesemua bahan-bahan ni.. 1 - 2 biji bawang kecik - tumbuk 15 - 20 biji cili kampung - tumbuk 1 inci kunyit hidup - tumbuk 1 biji labu kuning masukkan labu yang telah siap dipotong dan di cuci ke dalam periuk..masukkan bahan-bahan tumbuk..kemudian masukkan.. santan - 1 biji kelapa / 1 kotak santan kara 2 sb udang kering - tumbuk-tumbuk manja gitu sedikit belacan (saya tak letak tapi mil saya letak) air dan garam secukupnya masak hingga labu empuk..siap..saya suka labu halus..sedap dan manis rasanya..

Benderam aka Derang

hai..jangan ketawa tengok kuih saya..hihi..ini kali pertama nak buat kuih ni..kalau di tempat saya panggil derang..maklum laa kamp u ng dah border ganu..tu ada G di belakang..hahahaha..jom cuba.. masukkan ke dalam mangkuk/besen kecil.. 2 cawan tepung beras di dalam periuk..masukkan.. 1/2 +- cawan gula merah 1/4 cawan gula putih (saya tak letak sebab gula merah saya sangat manis) 100ml air masak dengan api perlahan hingga hancur..tapis dan dalam kea daan panas-panas tu terus tuang ke dalam tepung..kaca u hingga se bati ..perap selama 5 jam atau semalaman..terap dan goreng.. ntah di mana silapnya yang saya buat ni..jadi lembi k ..hihi..bila guna acuan donut..ishhh laju-laju je ia bercantum balik..sudahnya..jadi laaa panjang-panjang cam gini..rasa menjadi..bentuk yang tak menjadi..haha..selamat mencuba..(masa buat saya letak 110ml air) resepi d i atas saya sudah kurangkan  10ml..hehehe.. selamat mencuba..

Kek Batik Lembap

hai..nak share resepi kek batik biskut marie ni.. masukkan ke dalam kuali..gunakan api yang kecil je..masak hingga cair.. 250g butter pastu tutup api.. Masukkan.. 1/2 cawan serbuk koko (3 sb) 1 cawan milo 1/2 cawan susu pekat 1/2 cawan susu cair 1 biji telur gaulkan bahan-bahan bagi rata lepas tu buka gas dengan api perlahan..kacau hingga pekat dan tutup api.. Pastu masukkan.. 300g / 1 bungkus biskut marie (patah-patahkan) gaul rata..pastu masukkan dalam loyang yg di alas kertas/plastik..masukkan kek, tekan-tekan dan padatkan..sejukkan dan simpan di dalam peti sejuk.. Sos coklat.. 250g dark coklat coin beryls 1 sb butter 150ml susu cair Masukkan kesemuanye ke dalam mangkuk dan panaskan dalam microwave hingga cair..keluarkan dan kacau hingga pekat.. Krim cheese.. 250g cream cheese Pukul hingga kembang..keluarkan 1jam dari peti sejuk..pastu masukkan.. 1/2 cawan gula castor Putar lagi hingga kembang..pastu masukkan.. 1/2 cawan susu cair Putar lagi..siap.. Tak b

Ikan Tongkol Masak Taucu

dah lama tak ber blog..jadi hari nak post resepi Ikan Tongkol Masak Taucu..suami tetiba minta masakan ni..jom masak.. beberapa ketol ikan tongkol / aya hitam  (gaul garam dan kunyit) - goreng dan ketepikan **kisar kasar / tumbuk semua bahan-bahan ni..kemudian tumis hingga kekuningan..  1 labu bawang besar saiz sederhana atau 3-5 biji bawang kecil 4 ulas bawang putih 1 inci halia kemudian masukkan.. 2/3 sb taucu 1 sk +- pes asam jawa adabi air dan garam secukupnya kemudian masukkan sayur 1  biji bawang besar - potong gelang/bulat 4 biji lada besar hijau - potong 2 2 biji timun batang - potong ikut suka 2 biji tomato biarkan gelegak..agak-agak layu sikit sayur tu..angkat laaa...siap..

Biskut Badam Marble

jom buat biskut raya..buat yang mu dah-mudah je..hahaha..tak payah nak pening-pening kepala.. bahan-bahannya ad alah seperti berikut..mula-mula kita p utarkan.. 1 cawan buttercup / 200g 3/4 atau 1 cawan gula castor (ikut kemanisan anda)   k emudian masukkan.. 1 sk esen vanila 1 biji telur (kuning sahaja) 1/2 cawan sebuk badam masukkan tepung yang di ayak bersama.. 3 cawan tepung ca p rose 1/2 cawan tepung jagung bahagi adunan kepada 2 bahagian..  1 bahagian kuning / asal 1 bahagian campurkan dengan  1 sk choc emelco / 2 sb serbuk koko   kemudian terap laa ia bercantum dua warna agar jadi cam marble-marble gitu..   b akar 1 6 0c selama 20 minit

Choclate Chip Famous Amos

hi..ok jom try buat biskut ni..ala-ala famous amos gitu..tapi tak adalah femes mana pom..hahaha.. p utar atau guna senduk je..tapi saya guna mixer..hahaha..malas nak godek-godek.. 1 cawan buttercup 1 cawan gula perang kemudian masukkan.. 1 biji tel u r (putih dan kuning) 1 sk esen vanila s ecubit garam k emudian masukkan bahan-bahan yang di ayak bersama.. 2 cawan tepung red rose 1/4 cawan tepung jagung 1 sb tepung beras 1 sk baking powder 1/2 sk soda bikarbonat 1 sb serbuk koko a khir sekali gunakan senduk saja untuk mengaul..masukkan.. 100g choc chip (jenis tak  cair bila bakar) 100g almond nib (bakar dahulu 100'c/ 10 minit) 100g coklat compound beryl's ( cincang) g aul dan tompok-tompok biskut sebesar saiz 2 0sen..jangan tekan-tekan..biarkan ia berongga dan tinggi..nanti ia akan mengembang dan meleperkan diri.. b akar suhu 160'c / 20 minit ... anggaran dalam 1 5 0+ - biji ..

Biskut Almond London

biskut yang wajib kena buat kalau nak buat biskut raya..fevret cik suami..   bahan-b ahan.. 1 cawan buttercup (200g) 3/4 cawan gula icing putar hingga sebati kedua-duanya.. masukkan.. 1  biji telur (kuning sahaja) 1 sk/penutup esen vanila 1/2 cawan serbuk badam ( +-10 0g ) pilihan Masukkan..ba han-bahan ayak .. 2 1/2 cawan tepung red rose 1/2 cawan tepung jagung 1/2 sb tepung beras 1/2 sk baking powder setelah siap adunan..ambil adunan..gentel-ge ntel dan masukkan bada m di tengah.. bakar suhu 160'c / 20 minit .. apabila biskut sudah siap di bakar..biarkan ia hingga betul-betul sejuk.. kemudian  masukkan /celup biskut dalam  coklat cair.. 1 1/2  bar coklat masakan - cairkan secara double boil masukkan biskut yang siap dicelup coklat ke dalam paper cup dan h ias dengan badan nip..siap ..   penyedian badam-badam: 125g badam biji (bakar 1 1 0'c / 15-20 minit atau sangai) - 250g untuk 2 adunan 100g badam nib ( bakar 100'c / 10 minit atau sangai) - 200

Sukatan Cawan

Inilah cawan yang saya guna..memandangkan penimbang dah lama rosak..nak beli pun bukan nya guna selalu..jadi pakailah cawan..mana-mana resepi yang saya nak cuba..semua saya convertkan ke sukatan cawan..hehehe.. Sukatan tepung 45g = 1/4 cawan 65g = 1/2 cawan 90g = 3/4 cawan 125g = 1 cawan 250g = 2 cawan 10g = 2 sudu kecil 15g = 2 sudu besar ****************************** Sukan mentega 80g = 1/4 cawan 125g = 1/2 cawan 190g = 3/4 cawan 250g = 1 cawan 10g = 1 sudu kecil 15g = 1 sudu besar ****************************** Sukatan gula 80g = 1/4 cawan 125g = 1/2 cawan 190g = 3/4 cawan 250g = 1 cawan 10g = 1 sudu kecil 15g = 1 sudu besar ******************************   Sukatan cecair 50ml = 1/4 cawan 125ml = 1/2 cawan 180ml = 3/4 cawan 250ml = 1 cawan 1000ml /1 liter = 4 cawan