Skip to main content

Posts

Showing posts from 2019

Kuih Tepung Kapur

hai semua..kali ni nak kongsi resepi kuih.. sis tak pandai buat pun..biasa balik kampung dulu-dulu..mak dan kakak-kakaks sis yang buatkan..ni sis belajar laa buat..alhamdulilah menjadi.. ok jom masak.. 2 cawan tepung gandum 1 cawan gula merah / nisang - ikut manis mana nak 1 1/2 cawan air 1 sudu kecil air kapur sirih secubit garam daun pandan - di simpul (untuk di masak dengan nisang) takde pom takpe.. kelapa parut + garam - gaul rata.. masak gula merah dengan air dan daun pandan hingga cair dan tapis..sejukkan ia.. apabila dah sejuk masukkan ke dalam tepung..masukkan air kapur dan garam..gaul sebati.. pastu masukkan adunan ke dalam plastik untuk di rebus..rebus selama 40 minit - 1 jam..hingga tepung masak..dah masak..sejukkan dan potong nipis-nipis..gaulkan dalam kelapa..siap.. ** nak kukus dalam loyang pun boleh.. 

Masak Lemak Pucuk Ubi Dengan Jantung Pisang

ini lah buat pertama kalinya saya makan jantung pisang..tak pernah try pun sebelom ni.. jom masak 1-2 biji bawang kecik 20 biji kampung 1 inci kunyit hidup kesemua bahan-bahan ni di tumbuk 1 biji santan kelapa segenggam ikan bilis - tumbuk sikit-sikit 1 batang serai - ketuk 1 helai daun kunyit - simpul air dan garam secukupnya pucuk ubi kayu ambil yang pucuk-pucuk aja yang 3 daun..kemudian celur dalam air mendidih supaya keluar air hijaunya...kemudian bilas dengan air biasa dan ramas hingga abis air dan relai-relaikan..ketepikan ia.. 1 biji jantung pisang ambik jantung pisang dan buang lapisan bunga jantung pisang hingga tinggal yang dalam.. kemudian hiris jantung pisang serong-serong dan nipis-nipis..ketepikan ia.. masukkan kesemua bahan-bahan ini dalam periuk..masak hingga masak...heheheheeh..siap..

Kerabu Kerang

jom masak ni..  1kg kerang atau lebih terpulang rebus dan kopek isi-isi nya 1 ringgit taugeh cuci bersih-bersih dan celur dalam air panas gelegak..sekejap jer jangan sampai lecur pula.. 8-10 biji bawang merah di hiris mayang nipis-nipis 1/2 cawan pati santan pekat (jangan campur air) 15-20 biji cili  kampung nak kurang atau lebih ikut pada tahap ketahanan kepedasan anda.. 4 biji limau nipis potong nipis supaya mudah nak perah nanti..asam limau ni lagi masam lagi sedappp.. 2 sudu besar kerisik garam secukupnya masukkan kesemua bahan-bahan dalam mangkuk dan gaul..jangan ramas-ramas hancur kang taugeh-taugeh tu..rasa laa pedas, masam dan masin nya ikut selera anda..

Rendang Tok Perak

kali ni suami minta  Rendang Tok Perak ..cari- cari dapat resepi ni dalam facebook..dalam banyak- banyak resepi..kenan cara masakan fb nurzarina..jadi saya cubalah.. tadaaa siappp.. sedap di tekak kami.. yang makan kata tak sedap nanti masak sendiri wokeh.. hahahaha Bahan-bahan (A) - perap dengan daging 1 kg daging potong kiub *20 tangkai cili kering *4 biji bawang besar *6 ulas bawang putih *4 inci halia *4 inci lengkuas * 2 inci kunyit *4 batang serai 2 sudu mkn jintan manis 2 sudu mkn jintan putih 2 sudu mkn ketumbar 2 sudu mkn lada hitam 3 biji buah keras (resepi asal 5 biji) **Semua bahan bertanda *dikisar halus.. **bahan rempah ratus disangai dan kisar.. satukan semua bahan dgn daging dan perap semalaman dalam peti sejuk.. Bahan-bahan (B) 500ml santan pekat @ dr 2 biji kelapa 5 sudu mkn kerisik 3 sudu mkn gula melaka 1 sudu kecil pes asam jawa adabi Garam & Air secukupnya Bahan-bahan (C) - tumis 2 keping kulit kayu manis 4 kuntum bunga lawang

Chocolate Delight Cookies

bahan-b ahannya adalah.. 1 cawan buttercup 3/4 cawan gula kastor putar hingga hancur sebati kedua-duanya.. Kemudian masukkan.. 1 biji telur (kuning sahaja) 1 sk esen vanila 1 sb emulco coklat 1/2 cawan serbuk koko kemud ian masukkan ba han-bahan ayak .. 3 cawan tepung red rose ( 1 cawan terakhir tambah sikit-sikit tepung hingga lembut adunan ) 1/ 4 cawan tepung jagung hiasan : coklat rice bakar biskut pada suhu 160'c / 20 minit ** tiada gambar bermakna saya belum pernah buat laa...hahahaha

Red Velvet Cookies

hi.. part sini dulu..tahun depan nak cuba..resepi azlina ina juga..hihiihii... p utar atau guna senduk je..tapi saya guna mixer..hahaha..malas nak godek-godek.. 1/2 cawan buttercup 1 cawan gula perang kemudian masukkan.. 1 biji tel u r ( kuning sahaja ) 1 sk esen vanila s ecubit garam 1 sb minyak sapi kemudian masukkan.. 2 sk pewarna merah 1 sk pewarna oren 2 sb serbuk koko 1 sk cuka 1 sk baking powder 1/2 sk soda bikarbonat     k emudian masukkan bahan-bahan yang di ayak bersama.. 1 3/4 cawan tepung red rose 2 sb tepung jagung 1 sb tepung beras a khir sekali gunakan senduk saja untuk mengaul..masukkan.. 100g white choc chip ( jenis tak mencair bila bakar ) 100g almond nib ( bakar dahulu 100'c/ 10 minit ) tompok-tompok biskut sebesar saiz 2 0sen..jangan tekan-tekan..biarkan ia berongga dan tinggi..nanti ia akan mengembang dan meleperkan diri.. b akar suhu 160'c / 20 minit ... ** tiada gambar bermakna saya belum pernah buat laa...hahahaha

Tat Nenas Gulung dan Bunga

hai u olls..tahun nak buat tat resepi lain pula..nak cuba resepi daripada fb azlina ina ..jom cuba..sedap... mula-mula kita putar ke..gaul ke..mixer ke..semua boleh.. 200g buttercup (1  cawan metric) 3 sb susu pekat kemudian masukkan.. 1 biji telur (kuning sahaja) 1 sk esen vanila kacau semua bahan-bahan ni hingga sebati.. masukkan bahan yang di ayak bersama 2 sb tepung jagung (membukit) 2 sb tepung kastard (membukit) 2 1/2 cawan tepung gandum red rose uli hingga lembut..kalau masih lembik boleh tambahkan tepung red rose sikit-sikit.. 1/2 kg jem nenas premium - gentel bulat atau lonjong  (1 kg jem nenas = 2 adunan) Cara: sapu tangan dengan marjerin/minyak gentel bulat-bulat.. untuk sapuan atas tat: 1 biji kuning telur (tak cukup pecahkan lagi telur) gulung tat dan sapu kuning telor..   bakar suhu 160'c/20 minit   (panaskan oven selama 10 minit) tat bunga ( 50+- ) biji tat gulung ( 100 +- ) biji  

Kek Marble Oren

kali ini nak kongsi resepi Kek Marble Oren..resepi asal fb azlina ina fans..saya tambah tolak bahagi darab sikit..hihihi..ni bahan-bahan dan cara-caranya.. 1 cawan maejerin pelangi (nak sedap pakai pure butter) 1 cawan gula kastor pukul kedua-dua bahan ni hingga putih melepak-lepak.. kemudian masukkan,, 1 sk esen vanilla ( resepi asal esen oren ) 2 sb susu pekat 1 sk emelco oren ( resepi asal ) saya letak 3 sb sunquick oren mandarin setelah ia putih kembang..masukkan sebijik demi sebijik telur..putar hingga kembang.. 4 biji telur gred A parut/sagat kulit limau mandarin - jangan banyak nanti pahit ( kalau ada saya letak, kalau takde saya tak letak) kemudian masukkan tepung yang telah di ayak bersama.. 1 sk baking powder 2 cawan tepung gandum putar hingga gebu gebas gitu..dah sebati..bahagikan kepada 2 bahagian.. 1 bahagian biarkan warna asal 1 bahagian lagi masukkan 2 sb serbuk koko Putar hingga sebati serbuk koko.. tuang adunan ke dalam loyang ( saya pakai loyang bulat

Puding Coklat Kuah Kastad

hi u olls..ok kali ni sis nak kongsi resepi agar-agar aka puding coklat kuah kastad..ok resepi ni adik sis..jijah..yang ajar..tiap kali nak buat mesti lupa apa nak letak..hihihi..so sis park sini laa..senang nak tengok bila nak buat.. okey..ni bahan-bahan untuk buat puding..masukkan bahan ini dalam periuk.. separuh bungkus agar-agar saiz besar 1500ml air (tolak untuk bancuh serbuk koko dan susu tin) masak agar-agar hingga hancur larut kemudian masukkan.. 4 sb serbuk koko (bancuh dahulu dengan 1 cawan air panas) 6-8 sb gula (resepi asal 12sb) 1 tin susu cair masak hingga larut..letak dalam bekas dan sejukkan..kemudian masukkan dalam peti sejuk.. bahan-bahan untuk kuah.. dalam periuk masukkan bahan ni dahulu dan jangan buka api dapur dahulu dan kacau hingga larut sebati..kemudian baru buka api dapur sederhana dan masak hingga ia likat.. 5 cawan air 4sb tepung kastad kemudian masukkan .. 7 sb gula (resepi asal 5sb) 1 tin susu cair air laici - dari 1 tin laici (bu

Masak Lemak Udang Nenas

1 - 2 biji bawang kecil - tumbuk 1 inci kunyit hidup - tumbuk 15 - 20 biji cili padi - tumbuk dalam periuk masuk 40 ekor udang (terpulang berapa ekor) 10 hirisan nenas (agak-agak nak letak banyak mana) Santan  1 biji kelapa /  1 kotak santan kara 1 helai daun kunyit - simpul 1 batang serai - ketuk air dan garam secukupnya masukkan bahan-bahan tumbuk tadi sekali..masukkan garam dan masak hingga masak.. ni sis nak kongsi cara buang tahi udang..ni sis amik dari orang punya..ntah laa sapa punya..hehehe..