Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2021

Kek Oren

1/2 cawan atau 125g buttercup/majerin pelangi  1/2 cawan gula kastor pukul kedua-dua bahan ni hingga putih melepak-lepak..kemudian masukkan,, 1 sk esen vanilla 1 sk ovellete (tak letak pun boleh) 2 sb susu pekat 4-5 sb sunquick oren mandarin pukul lagi.. setelah ia putih kembang..masukkan sebijik demi sebijik telur..putar hingga kembang.. 3 biji telur gred C kemudian masukkan tepung yang telah di ayak.. 1 cawan tepung kek bluekey putar hingga gebu gebas gitu..dah sebati....tuang adunan ke dalam loyang..nak tabur-tabur buah-buah campur pun boleh.. bakar suhu 150'C / 45+50 minit ..selamat mencuba..

Tapai Pulut

hai semua..kali ni nak kongsi resepi dan cara nak buat tapai pulut..sejak pkp 2 tahun dan tak boleh balik beraya..sis belajar cara nak buat menu sis dari kecil-kecil duk makan..jom cuba.. 1 kg beras pulut  rendam 2-3 jam bagi beras pulut susu atau rendam 8jam bagi beras pulut biasa.. kukus beras pulut dalam 30-40 minit..kemudian keluarkan dan masukkan dalam besen..pastu masukkan.. 1 1/2 cawan air masuk sikit-sikit air dan kacau rata-ratakan dengan pulut..masukkan semua ke dalam pengukus dan kukus lagi selama 30 minit.. pastu masukkan pulut dalam besen (kalau ade dulang besar lagi sesuai) ratakan pulut supaya pulut cepat sejuk..  tunggu sehingga pulut sejuk sepenuhnya..kemudian masukkan  1 biji ragi (saiz 20 sen)   panaskan atas tudung periuk semasa kukus pulut atau jemur bawah matahari.. hancurkan ragi (saya masukkan dalam plastik dan ketuk-ketuk) dan tapiskan semasa nak masukkan dalam pulut..tapis sikit-sikit dan gaul pulut..tapiskan lagi sikit-sikit dan gaul pulut..buat hingga ragi h