hai semua..kali ni nak kongsi resepi kuih.. sis tak pandai buat pun..biasa balik kampung dulu-dulu..mak dan kakak-kakaks sis yang buatkan..ni sis belajar laa buat..alhamdulilah menjadi.. ok jom masak..
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula merah / nisang - ikut manis mana nak
1 1/2 cawan air
1 sudu kecil air kapur sirih
secubit garam
daun pandan - di simpul (untuk di masak dengan nisang) takde pom takpe..
kelapa parut + garam - gaul rata..
masak gula merah dengan air dan daun pandan hingga cair dan tapis..sejukkan ia..
kelapa parut + garam - gaul rata..
masak gula merah dengan air dan daun pandan hingga cair dan tapis..sejukkan ia..
apabila dah sejuk masukkan ke dalam tepung..masukkan air kapur dan garam..gaul sebati..
pastu masukkan adunan ke dalam plastik untuk di rebus..rebus selama 40 minit - 1 jam..hingga tepung masak..dah masak..sejukkan dan potong nipis-nipis..gaulkan dalam kelapa..siap..
** nak kukus dalam loyang pun boleh..
Comments
Post a Comment