Skip to main content

Rendang Tok Perak

Rendang Tok Perak

kali ni suami minta Rendang Tok Perak..cari- cari dapat resepi ni dalam facebook..dalam banyak- banyak resepi..kenan cara masakan fb nurzarina..jadi saya cubalah.. tadaaa siappp.. sedap di tekak kami.. yang makan kata tak sedap nanti masak sendiri wokeh.. hahahaha

Bahan-bahan (A) - perap dengan daging
1 kg daging potong kiub

*20 tangkai cili kering
*4 biji bawang besar
*6 ulas bawang putih
*4 inci halia
*4 inci lengkuas
*2 inci kunyit
*4 batang serai

2 sudu mkn jintan manis
2 sudu mkn jintan putih
2 sudu mkn ketumbar
2 sudu mkn lada hitam
3 biji buah keras (resepi asal 5 biji)

**Semua bahan bertanda *dikisar halus..
**bahan rempah ratus disangai dan kisar..
satukan semua bahan dgn daging dan perap semalaman dalam peti sejuk..

Bahan-bahan (B)
500ml santan pekat @ dr 2 biji kelapa
5 sudu mkn kerisik
3 sudu mkn gula melaka
1 sudu kecil pes asam jawa adabi
Garam & Air secukupnya

Bahan-bahan (C) - tumis
2 keping kulit kayu manis
4 kuntum bunga lawang
8 kuntum cengkih
8 biji pelaga
2 helai daun pandan potong pendek-pendek
1 senduk minyak utk menumis

Panaskan minyak dan tumis semua bahan (C) hingga naik bau..
masukkan bahan (A) iaitu daging yg telah diperap semalaman dan diikuti dengan semua bahan (B)..gaul rata dan masak dengan api sederhana hingga daging empuk dan rendang kering..

**kacau selalu tak nak bagi hangit berkerak..

Comments

  1. New Hampshire approves mobile casino operator, Wynn
    New Hampshire regulators are ready to take action against 광명 출장샵 Wynn 삼척 출장샵 Resorts after gaming officials approved 충청남도 출장마사지 a mobile Aug 30, 2018 · Uploaded by 서울특별 출장샵 Wynn 성남 출장안마 Las Vegas

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sukatan Cawan

Inilah cawan yang saya guna..memandangkan penimbang dah lama rosak..nak beli pun bukan nya guna selalu..jadi pakailah cawan..mana-mana resepi yang saya nak cuba..semua saya convertkan ke sukatan cawan..hehehe.. Sukatan tepung 45g = 1/4 cawan 65g = 1/2 cawan 90g = 3/4 cawan 125g = 1 cawan 250g = 2 cawan 10g = 2 sudu kecil 15g = 2 sudu besar ****************************** Sukan mentega 80g = 1/4 cawan 125g = 1/2 cawan 190g = 3/4 cawan 250g = 1 cawan 10g = 1 sudu kecil 15g = 1 sudu besar ****************************** Sukatan gula 80g = 1/4 cawan 125g = 1/2 cawan 190g = 3/4 cawan 250g = 1 cawan 10g = 1 sudu kecil 15g = 1 sudu besar ******************************   Sukatan cecair 50ml = 1/4 cawan 125ml = 1/2 cawan 180ml = 3/4 cawan 250ml = 1 cawan 1000ml /1 liter = 4 cawan

Ikan Tongkol Masak Taucu

dah lama tak ber blog..jadi hari nak post resepi Ikan Tongkol Masak Taucu..suami tetiba minta masakan ni..jom masak.. beberapa ketol ikan tongkol / aya hitam  (gaul garam dan kunyit) - goreng dan ketepikan **kisar kasar / tumbuk semua bahan-bahan ni..kemudian tumis hingga kekuningan..  1 labu bawang besar saiz sederhana atau 3-5 biji bawang kecil 4 ulas bawang putih 1 inci halia kemudian masukkan.. 2/3 sb taucu 1 sk +- pes asam jawa adabi air dan garam secukupnya kemudian masukkan sayur 1  biji bawang besar - potong gelang/bulat 4 biji lada besar hijau - potong 2 2 biji timun batang - potong ikut suka 2 biji tomato biarkan gelegak..agak-agak layu sikit sayur tu..angkat laaa...siap..

Keli Bakar kuah Santan (asam koli)

nak kongsikan resepi ikan keli lagi.. berkuah kan santan.. resepi mak mertua dan kesukaan suami.. buh dalam blog pasal mudah lupa.. 6 - 7 ekor ikan keli  bakar sampai kering, jangan hangus pula.. lepas tu patah-patahkan dan buang tulang tengah..ketepikan.. 1 biji kelapa - santan letak santan dalam mangkuk..kemudian masukkan kesemua bahan-bahan ni kedalam santan.. 6 - 8 biji bawang merah - mayang 4 - 5 biji limau nipis (potong dan perah) lagi banyak, lagi masam, lagi sedap.. 15 - 20 biji cili padi - ketuk-ketuk jangan sampai hancur sangat air dan garam secukupnya ramas-ramas kesemua bahan-bahan ni..kemudian masukkan ikan tadi..gaul sebati..siap..