Skip to main content

Kek Marble Oren

Kek Marble Oren

kali ini nak kongsi resepi Kek Marble Oren..resepi asal fb azlina ina fans..saya tambah tolak bahagi darab sikit..hihihi..ni bahan-bahan dan cara-caranya..

1 cawan maejerin pelangi (nak sedap pakai pure butter)
1 cawan gula kastor
pukul kedua-dua bahan ni hingga putih melepak-lepak..

kemudian masukkan,,
1 sk esen vanilla ( resepi asal esen oren )
2 sb susu pekat
1 sk emelco oren ( resepi asal ) saya letak 3 sb sunquick oren mandarin

setelah ia putih kembang..masukkan sebijik demi sebijik telur..putar hingga kembang..
4 biji telur gred A
parut/sagat kulit limau mandarin - jangan banyak nanti pahit ( kalau ada saya letak, kalau takde saya tak letak)

kemudian masukkan tepung yang telah di ayak bersama..
1 sk baking powder
2 cawan tepung gandum

putar hingga gebu gebas gitu..dah sebati..bahagikan kepada 2 bahagian..
1 bahagian biarkan warna asal
1 bahagian lagi masukkan 2 sb serbuk koko
Putar hingga sebati serbuk koko..

tuang adunan ke dalam loyang ( saya pakai loyang bulat ber diameter 8" ) berselang seli atau tompok-tompokkan dan lorek-lorekkan dan boleh letak hirisan limau mandarin di atas kek..
nak tabur-tabur coklat rice pun boleh..

bakar suhu 180'C/45+50 minit..rentung sikit jadinya...

next time saya nak cuba bakar pada suhu 150'c/45-50 minit.. 
(dah cuba suhu ni..alhamdulillah dah tak merakah) selamat mencuba..

Comments

Popular posts from this blog

Sukatan Cawan

Inilah cawan yang saya guna..memandangkan penimbang dah lama rosak..nak beli pun bukan nya guna selalu..jadi pakailah cawan..mana-mana resepi yang saya nak cuba..semua saya convertkan ke sukatan cawan..hehehe.. Sukatan tepung 45g = 1/4 cawan 65g = 1/2 cawan 90g = 3/4 cawan 125g = 1 cawan 250g = 2 cawan 10g = 2 sudu kecil 15g = 2 sudu besar ****************************** Sukan mentega 80g = 1/4 cawan 125g = 1/2 cawan 190g = 3/4 cawan 250g = 1 cawan 10g = 1 sudu kecil 15g = 1 sudu besar ****************************** Sukatan gula 80g = 1/4 cawan 125g = 1/2 cawan 190g = 3/4 cawan 250g = 1 cawan 10g = 1 sudu kecil 15g = 1 sudu besar ******************************   Sukatan cecair 50ml = 1/4 cawan 125ml = 1/2 cawan 180ml = 3/4 cawan 250ml = 1 cawan 1000ml /1 liter = 4 cawan

Ikan Tongkol Masak Taucu

dah lama tak ber blog..jadi hari nak post resepi Ikan Tongkol Masak Taucu..suami tetiba minta masakan ni..jom masak.. beberapa ketol ikan tongkol / aya hitam  (gaul garam dan kunyit) - goreng dan ketepikan **kisar kasar / tumbuk semua bahan-bahan ni..kemudian tumis hingga kekuningan..  1 labu bawang besar saiz sederhana atau 3-5 biji bawang kecil 4 ulas bawang putih 1 inci halia kemudian masukkan.. 2/3 sb taucu 1 sk +- pes asam jawa adabi air dan garam secukupnya kemudian masukkan sayur 1  biji bawang besar - potong gelang/bulat 4 biji lada besar hijau - potong 2 2 biji timun batang - potong ikut suka 2 biji tomato biarkan gelegak..agak-agak layu sikit sayur tu..angkat laaa...siap..

Keli Bakar kuah Santan (asam koli)

nak kongsikan resepi ikan keli lagi.. berkuah kan santan.. resepi mak mertua dan kesukaan suami.. buh dalam blog pasal mudah lupa.. 6 - 7 ekor ikan keli  bakar sampai kering, jangan hangus pula.. lepas tu patah-patahkan dan buang tulang tengah..ketepikan.. 1 biji kelapa - santan letak santan dalam mangkuk..kemudian masukkan kesemua bahan-bahan ni kedalam santan.. 6 - 8 biji bawang merah - mayang 4 - 5 biji limau nipis (potong dan perah) lagi banyak, lagi masam, lagi sedap.. 15 - 20 biji cili padi - ketuk-ketuk jangan sampai hancur sangat air dan garam secukupnya ramas-ramas kesemua bahan-bahan ni..kemudian masukkan ikan tadi..gaul sebati..siap..