Skip to main content

Posts

Showing posts from 2020

Ketupat Palas

Hai..sempena raya PKPB ni sis belajar buat ketupat palas..nak balik kampung tak boleh..jadi sis tanya laa kakak laa, adik laa, mertua adik laa..tu bab arong pulut..bab bungkus tupak sis belajar dengan adik sis..siap video tutorial..jadi sis nak kongsi cara buat letupat palas.. Rendam dalam 2-3 jam kalau guna beras pulut susu, kalau pakai beras pulut biasa rendam dalam 8 jam atau semalaman.. 1kg beras pulut Pastu kukus pulut selama 40 minit..kalu nak tau masak ke tak..amik beras cuba patahkan..kalu lembut, masak laa tu.. sambil tunggu pulut masak..boleh laa panaskan sampai berbuble sikit-sikit.. 1/2 kg santan pekat/pati santan 1 1/2 sk garam (sudu kfc) boleh rasa kemasinan santan lepas buh garam.. hihiii Tujuan masak agar santan dop cepat basi..tak masak pun boleh je..tapiskan bila tuang dalam pulut supaya serdak-serdak santan tak masuk sekali.. Keluarkan pulut yang kukus tadi..masuk dalam besen besar..dalam keadaan pulut panas-panas tu..tuang santan tadi sikit pastu arong/gau

Kek Marble Jelita

Kali ni kongsi resepi kek pula.. Mula-mula cairkan.. 150g butter Ketepikan.. Pastu dalam mangkuk..masukkan.. 180g gula kastor 5 biji telur 50ml susu cair 1 sk esen vanilla 2 sb ovalette 220g tepung gandum Pukul kesemuanya hingga kembang putih dan gebu gebas..pastu masukkan butter cair tadi..gaul-gaul guna sudip je hingga sebati.. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian..letak pewarna apa nak.. Sediakan loyang..sapu butter atau kertas minyak..masukkan adunan bertompok-tompok..lorekkan bagian atasnya.. Bakar pada suhu 150'c / 45 minit..dah  masak, terbalikkan letak atas relai biakan ia sejuk dalam 1jam..pastu terbalikkan dan boleh laa di hidang.. Gambo tak dop sebab sis lom buat..hahahahaha.. Kreadit to buat orang lapo..

Kek Coklat Lembab Kukus

Haii..salam ramadan..kali sis nak kongsi kek yang sangattt moissttt..sis amik dalam fb dari page buat orang lapo..hehee..so sis dah cuba buat..memang sedap sesangat..boleh cuba dan rasai kemoistan nya.. Sediakan mixer..masukkan.. 3/4 cawan gula castor 3 biji telur Pukul hingga gebu putih melepak.. Kemudian masukkan.. 1 sk esen vanila (1 penutup botol esen) 1/2 sk garam 1 sk soda bikarbonat 1 cawan minyak masak 1/2 cawan susu pekat Pukul hingga gebu..matikan mixer.. bahan seterusnya tepung gaul-gaul guna batang whisk je.. Masukkan bahan yang di ayak bersama.. 1 1/4 cawan tepung gandum 1 cawan serbuk koko Aduk hingga sebati..kacau kacau kacau dan kacau..hihi.. Kemudian masukkan.. 1 cawan air panas Kacau lagi guna whisk hingga sebati...ketepikan Sediakan loyang (sis pakai loyang bulat saiz 7.5 inci) Sapu loyang dalam dan tepi dalam dengan marjerin.. Tuang adunan ke dalam loyang.. Kukus selama 40 minit Sambil-sambil buat kek tadi boleh sediakan pengukus..peng

Kuih Seri Muka

Hai semua..kali ni sis nak kongsi 1 kuih fevret sis..resepi ni sis dpt dari fb, tapi lupa sangat-sangat sapakah nama pemiliknya..ok jom mulakan.. Rendam 1 cawan beras pulut dalam 1 jam..sis pakai pulut susu siam.. Pastu dalam loyang sederhana besar..masukkan.. 1 cawan beras pulut 1 cawan santan cair (nisbah 1/2 cawan santan pekat + 1/2 cawan air) 1/2 sudu kecil garam (sudu kfc) Kukus selama 30 minit..pastu kaut-kaut dengan sudip, bagi pulut rata..ketepikan.. Sedia kan 1 loyang..sapukan loyang dengan minyak masak..pastu ambil plastik dan letakkan plastik atas minyak tadi (nanti mudah nak keluarkan kuih nanti) pastu masukkan pulut, tekan bagi pulut jadi padat..ratakan..ketepikan.. Ambil pengisar..masukkan.. 5 helai daun pandan (potong) 1 1/2 cawan santan pekat (pati) Kisar hingga daun pandan lumat.. Dalam besen lain..masukkan.. 1 biji telur 1/2 cawan gula 1/2 cawan tepung gandum 1/2 sudu besar tepung jagung 1/2 sudu kecil garam (sudu kfc) 1/2 sudu kecil esen vanil

Semperit Klasik

Kali nak kongsi biskut yg memang kompem tiap tiap raya mesti orang buat..kan..kan.. Biskut ni tak yah pakai mixer..gaul dengan sudip je..kalau tidak nanti bunga kembang setaman macam sis punya..gara gara pakai mixer..hahaha..jom start.. Masukkan dalam besen.. 200g buttercup (1 cawan) 160g gula aicing Gaul-gaul je bagi rata, jangan sampai kembang.. Kemudian masukkan.. 1 sk esen vanilla 1 biji telur (kuning sahaja) Adukkan kan kesemua hingga sebati dan jangan lupa tau..jangan sampai kembang..hehe.. Kemudian masukkan tepung-tepung yang telah di ayak bersama-sama.. 230g tepung gandum red rose 100g tepung kastad (2 sb bukit)) 100g tepung jagung (2 sb bukit) Uli hingga sebati dan doh menjadi lembut.. Kemudian boleh laa mula menyemperit..hehe..sebelom bakar, rehatkan bunga-bunga itu selama 10 minit..kemudian baru bakar.. Hiasan Ceri ke..coklat ke.. Bakar 160c / 20 minit tak tahu apa ke salah jatuh kelopak bunga lepas bakar... hahaahha

Milky Crunchy Oreo

Masukkan bahan dalam mixer..saya semua pakai mixer..malas nak kacau-kacau.. 1 cawan / 250g butter 3/4 cawan gula perang Kemudian masukkan.. - 1sk esen vanilla 1 biji Kuning telor (kuning sahaja) Mix sebati..masukkan (ayak sekali bersama-sama) 3 cawan tepung rose 1 sb tepung jagung 1 sb tepung beras 1/2 sk soda bikarbonat 1 sk baking powder 1 bungkus oreo (Kisar hancur sekali dengan krimnye..hehe..) bakar suhu 150/20 minit x