Skip to main content

Kek Batik Lembap

hai..nak share resepi kek batik biskut marie ni..


masukkan ke dalam kuali..gunakan api yang kecil je..masak hingga cair..
250g butter
pastu tutup api..
Masukkan..
1/2 cawan serbuk koko (3 sb)
1 cawan milo
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan susu cair
1 biji telur
gaulkan bahan-bahan bagi rata lepas tu buka gas dengan api perlahan..kacau hingga pekat dan tutup api..

Pastu masukkan..
300g / 1 bungkus biskut marie (patah-patahkan)

gaul rata..pastu masukkan dalam loyang yg di alas kertas/plastik..masukkan kek, tekan-tekan dan padatkan..sejukkan dan simpan di dalam peti sejuk..

Sos coklat..
250g dark coklat coin beryls
1 sb butter
150ml susu cair
Masukkan kesemuanye ke dalam mangkuk dan panaskan dalam microwave hingga cair..keluarkan dan kacau hingga pekat..

Krim cheese..
250g cream cheese
Pukul hingga kembang..keluarkan 1jam dari peti sejuk..pastu masukkan..
1/2 cawan gula castor
Putar lagi hingga kembang..pastu masukkan..
1/2 cawan susu cair
Putar lagi..siap..

Tak buat lapisan cheese..sebab cheese nya tak ada..hehehe..

Comments

Popular posts from this blog

Sukatan Cawan

Inilah cawan yang saya guna..memandangkan penimbang dah lama rosak..nak beli pun bukan nya guna selalu..jadi pakailah cawan..mana-mana resepi yang saya nak cuba..semua saya convertkan ke sukatan cawan..hehehe.. Sukatan tepung 45g = 1/4 cawan 65g = 1/2 cawan 90g = 3/4 cawan 125g = 1 cawan 250g = 2 cawan 10g = 2 sudu kecil 15g = 2 sudu besar ****************************** Sukan mentega 80g = 1/4 cawan 125g = 1/2 cawan 190g = 3/4 cawan 250g = 1 cawan 10g = 1 sudu kecil 15g = 1 sudu besar ****************************** Sukatan gula 80g = 1/4 cawan 125g = 1/2 cawan 190g = 3/4 cawan 250g = 1 cawan 10g = 1 sudu kecil 15g = 1 sudu besar ******************************   Sukatan cecair 50ml = 1/4 cawan 125ml = 1/2 cawan 180ml = 3/4 cawan 250ml = 1 cawan 1000ml /1 liter = 4 cawan

Ikan Tongkol Masak Taucu

dah lama tak ber blog..jadi hari nak post resepi Ikan Tongkol Masak Taucu..suami tetiba minta masakan ni..jom masak.. beberapa ketol ikan tongkol / aya hitam  (gaul garam dan kunyit) - goreng dan ketepikan **kisar kasar / tumbuk semua bahan-bahan ni..kemudian tumis hingga kekuningan..  1 labu bawang besar saiz sederhana atau 3-5 biji bawang kecil 4 ulas bawang putih 1 inci halia kemudian masukkan.. 2/3 sb taucu 1 sk +- pes asam jawa adabi air dan garam secukupnya kemudian masukkan sayur 1  biji bawang besar - potong gelang/bulat 4 biji lada besar hijau - potong 2 2 biji timun batang - potong ikut suka 2 biji tomato biarkan gelegak..agak-agak layu sikit sayur tu..angkat laaa...siap..

Keli Bakar kuah Santan (asam koli)

nak kongsikan resepi ikan keli lagi.. berkuah kan santan.. resepi mak mertua dan kesukaan suami.. buh dalam blog pasal mudah lupa.. 6 - 7 ekor ikan keli  bakar sampai kering, jangan hangus pula.. lepas tu patah-patahkan dan buang tulang tengah..ketepikan.. 1 biji kelapa - santan letak santan dalam mangkuk..kemudian masukkan kesemua bahan-bahan ni kedalam santan.. 6 - 8 biji bawang merah - mayang 4 - 5 biji limau nipis (potong dan perah) lagi banyak, lagi masam, lagi sedap.. 15 - 20 biji cili padi - ketuk-ketuk jangan sampai hancur sangat air dan garam secukupnya ramas-ramas kesemua bahan-bahan ni..kemudian masukkan ikan tadi..gaul sebati..siap..