Skip to main content

Aidijuma Ohhh Aidijuma - Bahagian 1

  Aidijuma

nak cerita minat terbaru..mula-mula terjebak aj, adik saya laa punya pasal..balik kampung, adik saya pakai tudung bawal bercorak..cantik laa pulak..kata nya tudung aidijuma ( aj )..aidijuma?? apa tu..tu laa asal usul saya terjebak dengan tudung aj ni..haa pastu, dah ter bekenan dengan adik punya tudung aj saya pom terus laa like page-page tudung aj di facebook..
harga-harga aj di central store (cs) :
aj plain (kosong) - rm7
white label - rm10
pink label - rm14
green label - rm15
blue label - rm20
red label - rm25
black label - rm33

misi 1 (7 march 2015) :
belek dalam fb..uihh jual mahal-mahal..kebetulan pergi beli barang kat mydin mall seremban 2..situ ada cs aj..kalau Q tak panjang nak jugak beli selai dua..tengok dalam facebook, cs aj ni bila keluar tudung baru, Q panjang dan tunggu berjam-jam..tak sanggup..tapi hari tu singgah kedai aj..ada laa 4 5 orang aje..minggu ni  keluar 3 corak je kot, tak tau laa kot-kot corak lain dah abis, pasal pergi pom dah lewat petang..2 corak je tinggal..haa inilah tudung aj saya yang pertama..beli sendiri jadi dapatlah harga cs..hihihi
white label – small rose (rm10)
white label – purple wave (rm10)
Aidijuma Ohhh Aidijuma-misi 1

misi 2 (march 2015) :
sekarang misi mencari corak-corak keluaran lama-lama..adik yang order kan..pasal dia biasa..dapat laa 2 helai..1 adik belanja dan lagi 1 beli sendiri laa..hihihi..ni coraknya..harga penjual tu bagi campur kongsi-kongsi caj pos..cantik tak..hihihiii
green label - blue wave (rm19 adik belanja aka foc)
green label – pastel flower (rm19)
Aidijuma Ohhh Aidijuma-misi 2


misi 3 (21 march 2015) :
kali ini aj buka mobile store (ms) dekat gateway mall bangi..nak pergi memang tak laa..pasal nak kata jauh tak ada laa jauh sangat dari nilai..tapi boleh agak laa macam mana ramai nya orang..belek-belek fb jumpa yang upah rm3..termasuk postage dapat laa rm55..order jangan tak odder..ini hasilnya..hihihi
pink label - black green
pink label - blue red
pink label - brown purple blue 
Aidijuma Ohhh Aidijuma-misi 3

misi 4 (23 march 2015) :
sejak joint group facebook aj, group telegram aj..baru tahu yang aj ni ada jugak buka jualan secara online..kat website ni www.aidijuma.com..hihihi..kalau kebetulan online tetiba ada stok leh laa order terus..hari tu dpt info dari group fb..katanya aj ada restok online..terus adik order laa..dapat laa 2 helai yang di cari-cari ni..hihihii..harga termasuk berat dan surcaj Ipay88 setelah di bahagi dengan kakak dan adik dapat laa rm17 sehelai..
green label – traveller 3
green label – wild orchid
Aidijuma Ohhh Aidijuma-misi 4

misi 5 (28 march 2015) :
kali ni plak cerita nya..balik kampung suami..daa keluar makan langsung terus ke mydin meru raya ipoh..sana pom ada aj..sampai tengok orang dah tak ramai..tapi bila nak ambil no giliran, kata yang bagi no giliran `nombor dah tutup bagi tunggu 400 abis'..huhuhu..x der rezeki agaknya..tapi tak perasan plak mak mertua dok borak-borak kat tepi..rupanya anak jiran mak beli untuk buat jual..dapat laa beli 2 helai..ni jer corak yang dapat, boleh laa..nak sangat black label golden summer..tapi habis sudah..
black label – turqoise garden (rm33)
pink label – blue daisy rose (rm14)
Aidijuma Ohhh Aidijuma-misi 5

Comments

Popular posts from this blog

Sukatan Cawan

Inilah cawan yang saya guna..memandangkan penimbang dah lama rosak..nak beli pun bukan nya guna selalu..jadi pakailah cawan..mana-mana resepi yang saya nak cuba..semua saya convertkan ke sukatan cawan..hehehe.. Sukatan tepung 45g = 1/4 cawan 65g = 1/2 cawan 90g = 3/4 cawan 125g = 1 cawan 250g = 2 cawan 10g = 2 sudu kecil 15g = 2 sudu besar ****************************** Sukan mentega 80g = 1/4 cawan 125g = 1/2 cawan 190g = 3/4 cawan 250g = 1 cawan 10g = 1 sudu kecil 15g = 1 sudu besar ****************************** Sukatan gula 80g = 1/4 cawan 125g = 1/2 cawan 190g = 3/4 cawan 250g = 1 cawan 10g = 1 sudu kecil 15g = 1 sudu besar ******************************   Sukatan cecair 50ml = 1/4 cawan 125ml = 1/2 cawan 180ml = 3/4 cawan 250ml = 1 cawan 1000ml /1 liter = 4 cawan

Ikan Tongkol Masak Taucu

dah lama tak ber blog..jadi hari nak post resepi Ikan Tongkol Masak Taucu..suami tetiba minta masakan ni..jom masak.. beberapa ketol ikan tongkol / aya hitam  (gaul garam dan kunyit) - goreng dan ketepikan **kisar kasar / tumbuk semua bahan-bahan ni..kemudian tumis hingga kekuningan..  1 labu bawang besar saiz sederhana atau 3-5 biji bawang kecil 4 ulas bawang putih 1 inci halia kemudian masukkan.. 2/3 sb taucu 1 sk +- pes asam jawa adabi air dan garam secukupnya kemudian masukkan sayur 1  biji bawang besar - potong gelang/bulat 4 biji lada besar hijau - potong 2 2 biji timun batang - potong ikut suka 2 biji tomato biarkan gelegak..agak-agak layu sikit sayur tu..angkat laaa...siap..

Keli Bakar kuah Santan (asam koli)

nak kongsikan resepi ikan keli lagi.. berkuah kan santan.. resepi mak mertua dan kesukaan suami.. buh dalam blog pasal mudah lupa.. 6 - 7 ekor ikan keli  bakar sampai kering, jangan hangus pula.. lepas tu patah-patahkan dan buang tulang tengah..ketepikan.. 1 biji kelapa - santan letak santan dalam mangkuk..kemudian masukkan kesemua bahan-bahan ni kedalam santan.. 6 - 8 biji bawang merah - mayang 4 - 5 biji limau nipis (potong dan perah) lagi banyak, lagi masam, lagi sedap.. 15 - 20 biji cili padi - ketuk-ketuk jangan sampai hancur sangat air dan garam secukupnya ramas-ramas kesemua bahan-bahan ni..kemudian masukkan ikan tadi..gaul sebati..siap..