Skip to main content

Tapai Pulut

hai semua..kali ni nak kongsi resepi dan cara nak buat tapai pulut..sejak pkp 2 tahun dan tak boleh balik beraya..sis belajar cara nak buat menu sis dari kecil-kecil duk makan..jom cuba..





1 kg beras pulut 
rendam 2-3 jam bagi beras pulut susu atau rendam 8jam bagi beras pulut biasa..
kukus beras pulut dalam 30-40 minit..kemudian keluarkan dan masukkan dalam besen..pastu

masukkan..
1 1/2 cawan air
masuk sikit-sikit air dan kacau rata-ratakan dengan pulut..masukkan semua ke dalam pengukus dan kukus lagi selama 30 minit..

pastu masukkan pulut dalam besen (kalau ade dulang besar lagi sesuai) ratakan pulut supaya pulut cepat sejuk.. 

tunggu sehingga pulut sejuk sepenuhnya..kemudian masukkan 
1 biji ragi (saiz 20 sen) 
panaskan atas tudung periuk semasa kukus pulut atau jemur bawah matahari..

hancurkan ragi (saya masukkan dalam plastik dan ketuk-ketuk) dan tapiskan semasa nak masukkan dalam pulut..tapis sikit-sikit dan gaul pulut..tapiskan lagi sikit-sikit dan gaul pulut..buat hingga ragi habis..pastu boleh mula membungkus dalam daun getah atau dalam bekas kecil-kecil..

simpan tapai di tempat yang gelap dan bertutup selam 2 hari 2 malam..jangan buka tutup, buka tutup tau..biarkan je (saya simpan dalam kabinet dapur dan bungkus dengan kain batik..saya buat 1 kg dapat 4 bekas ni..simpan dalam peti sejuk..yummy..




Comments

Popular posts from this blog

Keli Bakar kuah Santan (asam koli)

nak kongsikan resepi ikan keli lagi.. berkuah kan santan.. resepi mak mertua dan kesukaan suami.. buh dalam blog pasal mudah lupa.. 6 - 7 ekor ikan keli  bakar sampai kering, jangan hangus pula.. lepas tu patah-patahkan dan buang tulang tengah..ketepikan.. 1 biji kelapa - santan letak santan dalam mangkuk..kemudian masukkan kesemua bahan-bahan ni kedalam santan.. 6 - 8 biji bawang merah - mayang 4 - 5 biji limau nipis (potong dan perah) lagi banyak, lagi masam, lagi sedap.. 15 - 20 biji cili padi - ketuk-ketuk jangan sampai hancur sangat air dan garam secukupnya ramas-ramas kesemua bahan-bahan ni..kemudian masukkan ikan tadi..gaul sebati..siap..

Ikan Tongkol Masak Taucu

dah lama tak ber blog..jadi hari nak post resepi Ikan Tongkol Masak Taucu..suami tetiba minta masakan ni..jom masak.. beberapa ketol ikan tongkol / aya hitam  (gaul garam dan kunyit) - goreng dan ketepikan **kisar kasar / tumbuk semua bahan-bahan ni..kemudian tumis hingga kekuningan..  1 labu bawang besar saiz sederhana atau 3-5 biji bawang kecil 4 ulas bawang putih 1 inci halia kemudian masukkan.. 2/3 sb taucu 1 sk +- pes asam jawa adabi air dan garam secukupnya kemudian masukkan sayur 1  biji bawang besar - potong gelang/bulat 4 biji lada besar hijau - potong 2 2 biji timun batang - potong ikut suka 2 biji tomato biarkan gelegak..agak-agak layu sikit sayur tu..angkat laaa...siap..

Sukatan Cawan

Inilah cawan yang saya guna..memandangkan penimbang dah lama rosak..nak beli pun bukan nya guna selalu..jadi pakailah cawan..mana-mana resepi yang saya nak cuba..semua saya convertkan ke sukatan cawan..hehehe.. Sukatan tepung 45g = 1/4 cawan 65g = 1/2 cawan 90g = 3/4 cawan 125g = 1 cawan 250g = 2 cawan 10g = 2 sudu kecil 15g = 2 sudu besar ****************************** Sukan mentega 80g = 1/4 cawan 125g = 1/2 cawan 190g = 3/4 cawan 250g = 1 cawan 10g = 1 sudu kecil 15g = 1 sudu besar ****************************** Sukatan gula 80g = 1/4 cawan 125g = 1/2 cawan 190g = 3/4 cawan 250g = 1 cawan 10g = 1 sudu kecil 15g = 1 sudu besar ******************************   Sukatan cecair 50ml = 1/4 cawan 125ml = 1/2 cawan 180ml = 3/4 cawan 250ml = 1 cawan 1000ml /1 liter = 4 cawan