hai semua..kali ni nak kongsi kuih legend sepanjang zaman..
lapisan bawah:
1 cawan tepung beras
1 cawan gula
3 1/2 cawan air (kisar dengan 6 helai daun pandan)
1 s/b air kapur (supaya adunan kental sikit)
beberapa titis pewarna hijau
masukkan kesemua bahan dalam periuk..kacau sebati..baru buka gas dan masak hinggga pekat hingga bunyi letop-letop tu..
masukkan ke dalam bekas kecil-kecil..
lapisan bawah:
1/2 cawan tepung beras
3 1/2 cawan air + santan (1 kotak kara kecil jadikan 3 1/2 cawan air)
1 sudu kfc/secukup rasa garam
masukkan kesemua bahan dalam periuk..kacau sebati..baru buka gas dan masak hinggga pekat hingga bunyi letop-letop tu..
masukkan ke atas adunan hijau tadi..sejukkan..
Comments
Post a Comment