Skip to main content

Rendang Daging dan Ayam Rawa

Rendang Daging dan Ayam Rawa 1
(rendang daging)

bila balik kampung..mesti laa ke dapur bantu mak mertua apa-apa yang patut..biasa laa..saya asistant aje..bantu potong-potong dan apa-apa yang patut laa..

1kg daging / 1 ekor ayam
1/2 kg santan
8-10 biji bawang kecik - mayang
4 ulas bawang putih - mayang
2 inci halia - mayang
15-20 biji cili padi (+-) tumbuk
4 btg serai - racik serong, halus-halus dan ramas-ramaskan
4 helai daun kunyit - racik halus
2 sb kerisik
2 sb cili kering (+-)
1 sk serbuk kunyit (+-)
Garam secukup rasa

Masukkan semua bahan kecuali daun kunyit..lepas tu santan ambil separuh saja buat santan cair dan masak hingga empuk..bila daging sudah empuk baru lah masukkan santan pekat dan daun kunyit..perasakan garam secukupnya..biarkan berkuah sikit..siap..

** kalau buat rendang ayam..santan masuk je terus semua sebab ayam cepat masak lembut
  
Rendang Daging dan Ayam Rawa 2
(rendang ayam)

Comments

Popular posts from this blog

Sukatan Cawan

Inilah cawan yang saya guna..memandangkan penimbang dah lama rosak..nak beli pun bukan nya guna selalu..jadi pakailah cawan..mana-mana resepi yang saya nak cuba..semua saya convertkan ke sukatan cawan..hehehe.. Sukatan tepung 45g = 1/4 cawan 65g = 1/2 cawan 90g = 3/4 cawan 125g = 1 cawan 250g = 2 cawan 10g = 2 sudu kecil 15g = 2 sudu besar ****************************** Sukan mentega 80g = 1/4 cawan 125g = 1/2 cawan 190g = 3/4 cawan 250g = 1 cawan 10g = 1 sudu kecil 15g = 1 sudu besar ****************************** Sukatan gula 80g = 1/4 cawan 125g = 1/2 cawan 190g = 3/4 cawan 250g = 1 cawan 10g = 1 sudu kecil 15g = 1 sudu besar ******************************   Sukatan cecair 50ml = 1/4 cawan 125ml = 1/2 cawan 180ml = 3/4 cawan 250ml = 1 cawan 1000ml /1 liter = 4 cawan

Ikan Tongkol Masak Taucu

dah lama tak ber blog..jadi hari nak post resepi Ikan Tongkol Masak Taucu..suami tetiba minta masakan ni..jom masak.. beberapa ketol ikan tongkol / aya hitam  (gaul garam dan kunyit) - goreng dan ketepikan **kisar kasar / tumbuk semua bahan-bahan ni..kemudian tumis hingga kekuningan..  1 labu bawang besar saiz sederhana atau 3-5 biji bawang kecil 4 ulas bawang putih 1 inci halia kemudian masukkan.. 2/3 sb taucu 1 sk +- pes asam jawa adabi air dan garam secukupnya kemudian masukkan sayur 1  biji bawang besar - potong gelang/bulat 4 biji lada besar hijau - potong 2 2 biji timun batang - potong ikut suka 2 biji tomato biarkan gelegak..agak-agak layu sikit sayur tu..angkat laaa...siap..

Keli Bakar kuah Santan (asam koli)

nak kongsikan resepi ikan keli lagi.. berkuah kan santan.. resepi mak mertua dan kesukaan suami.. buh dalam blog pasal mudah lupa.. 6 - 7 ekor ikan keli  bakar sampai kering, jangan hangus pula.. lepas tu patah-patahkan dan buang tulang tengah..ketepikan.. 1 biji kelapa - santan letak santan dalam mangkuk..kemudian masukkan kesemua bahan-bahan ni kedalam santan.. 6 - 8 biji bawang merah - mayang 4 - 5 biji limau nipis (potong dan perah) lagi banyak, lagi masam, lagi sedap.. 15 - 20 biji cili padi - ketuk-ketuk jangan sampai hancur sangat air dan garam secukupnya ramas-ramas kesemua bahan-bahan ni..kemudian masukkan ikan tadi..gaul sebati..siap..