Skip to main content

Posts

Showing posts from 2017

Rendang Daging dan Ayam Rawa

(rendang daging) bila balik kampung..mesti laa ke dapur bantu mak mertua apa-apa yang patut..biasa laa..saya asistant aje..bantu potong-potong dan apa-apa yang patut laa.. 1kg daging / 1 ekor ayam 1/2 kg santan 8-10 biji bawang kecik - mayang 4 ulas bawang putih - mayang 2 inci halia - mayang 15-20 biji cili padi (+-) tumbuk 4 btg serai - racik serong, halus-halus dan ramas-ramaskan 4 helai daun kunyit - racik halus 2 sb kerisik 2 sb cili kering (+-) 1 sk serbuk kunyit (+-) Garam secukup rasa Masukkan semua bahan kecuali daun kunyit..lepas tu santan ambil separuh saja buat santan cair dan masak hingga empuk..bila daging sudah empuk baru lah masukkan santan pekat dan daun kunyit..perasakan garam secukupnya..biarkan berkuah sikit..siap.. ** kalau buat rendang ayam..santan masuk je terus semua sebab ayam cepat masak lembut    (rendang ayam)

Cendawan Kukur Dengan Telur Ayam

kali nak kongsi resepi cendawan kukur..tak pernah makan cendawan kukur ni..kali pertama nak merasa..jom masak.. cendawan kukur - ikut suka banyak mana Cendawan di buang serdah-serdak batang pokok..rendam dan cuci bersih-bersih..bilas dan perah..masukkan ke dalam periuk.. 1 - 2 biji bawang kecik - tumbuk 15 - 20 biji cili padi - tumbuk 1 inci kunyit hidup - tumbuk 1 helai daun kunyit - simpul 1 btg serai - ketuk 1 - 2 keping asam keping Santan (sebijik kelapa) air dan garam secukupnya masak atas api sederhana..bila dah gelegak..masuk kan telur sebijik-sebijik.. 3 - 4 biji telur ayam   biar lama sikit baru di kacau-kacau..kang kacau awal-awal..hancur lebur plak telur-telur tu..biarkan telur ade berketul-ketul sikit..masukkan telur sampai habis..

Sambal Tumis Belacan

ni resepi keluarga saya..mungkin ada yang pernah makan..tapi kat kedai memang saya tak pernah jumpa lagi laa sambal tumis ni.. 2 - 3 biji bawang merah / bawang besar - kisar 2 inci halia - kisar 2 - 3 sb cili kering 1 biji kelapa (santan) 2 inci belacan 2 btg serai - ketuk aje masukkan kesemua bahan-bahan dalam periuk..masak hingga kering dengan api sederhana..hati-hati semasa proses nak kering tu ia akan meletop-letop..hehehe..cuba laa..simple tapi sedap bagi saya..sedap dimakan dengan ikan bakar..

Keli Bakar kuah Santan (asam koli)

nak kongsikan resepi ikan keli lagi.. berkuah kan santan.. resepi mak mertua dan kesukaan suami.. buh dalam blog pasal mudah lupa.. 6 - 7 ekor ikan keli  bakar sampai kering, jangan hangus pula.. lepas tu patah-patahkan dan buang tulang tengah..ketepikan.. 1 biji kelapa - santan letak santan dalam mangkuk..kemudian masukkan kesemua bahan-bahan ni kedalam santan.. 6 - 8 biji bawang merah - mayang 4 - 5 biji limau nipis (potong dan perah) lagi banyak, lagi masam, lagi sedap.. 15 - 20 biji cili padi - ketuk-ketuk jangan sampai hancur sangat air dan garam secukupnya ramas-ramas kesemua bahan-bahan ni..kemudian masukkan ikan tadi..gaul sebati..siap..

Aidijuma Ohhh Aidijuma - Bahagian 9

2017..sekarang dah kurang beli tudung aj..beli apa yang berkenan saja.. misi 38 (11 jan 2017) dah lama tak update blog ni tentang aj..tudung dan planner ni dapat free dari aidijuma..dah lupa dapat sebab apa tapi rasa-rasa masuk contest kot..hehehe..ke dapat sebab terpilih secara rawak..hehehe..yang best sebab dapat free..nak pakai terasa muda laa sesangat..jadi bagi pada adik.. grey label - start without fear misi 39 (31 march 2017) new release hari ni..nak beli semua memang tak terbeli..jadi beli apa yang ter ber kenan je..sebab ade diskaun dari harga asal..hasil cuci-cuci mata dengan cik isya di cs central market..hihihihh..nak edit gambar pom dah malass..label apa pom tak perasan..grey label kot..haha..dari atas: Triangle Love (rm17) Sharing Love (rm17) Strawbery Ice (rm15) misi 40 (14 may 2017) aj buat sales rm10 untuk aj plain tone ni..ada dalam 30 tone warna rasa-rasanya.. misi 41 (may 2017) hadiah contest fridaygift dari aidijuma..yeahh..antara pemenang ya