Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2015

Sambal Tempoyak Gopeng

sambal tempoyak ni kali pertama rasa masa majlis sambut menantu di gopeng..sedap sangat-sangat.. 2 – 3 senduk tempoyak - ikut citarasa nak banyak atau sedikit 1 biji bawang besar – potong nipis 15 – 20 biji cili padi – tumbuk 1 mangkuk ikan bilis 1 helai daun kunyit – simpul 1/2 biji kelapa (santan) Garam dan air secukupnya Sedikit serbuk kunyit - untuk mencantikkan warna Sedikit pati kiub ikan bilis (takde tak payah letak) Masukkan kesemua bahan dalam periuk..masukkan sedikit air supaya tidak terlalu pekat..masak hingga gelegak..perasakan dengan garam..siap..

Masak Lemak Petola dan Udang Kertas

ni resepi dari mertua saya juga yang saya nak kongsi dengan semua..resepi ni ringkas je..boleh cuba..sedapp.. 1 biji petola belah 2 dan potong nipis (rendam dalam air garam) 1 mangkuk udang kertas 2 - 3  biji bawang kecil – mayang 1 inci kunyit hidup – tumbuk 15 – 20 biji cili padi – tumbuk (nak bagi nampak cantik campur cili hijau dan merah) minyak , garam dan air secukupnya serbuk kunyit  (untuk mencantikkan warna kuning) Tumis bawang besar dengan sedikit minyak..kemudian masukkan petola, udang kertas, bahan-bahan tumbuk dan santan..perasakan dengan garam..siap..mudahkan..

Daging Masak Asam Gopeng

as salam semua..hari ni saya nak kongsi resepi ni..masakan kegemaran suami.. Bahan A 500g daging – hiris nipis-nipis 2 biji bawang merah – mayang 2 ulas bawang putih – ketuk 2 inci halia – ketuk 2 batang serai – ketuk 1/2 biji kelapa – santan Air dan garam secukupnya Sedikit serbuk kunyit Masukkan daging ke dalam periuk..masukkan bawang merah, bawang putih dan halia, serbuk kunyit, santan, garam dan secukupnya..rebus daging hingga empuk..kemudian toskan.. Jangan keringkan air rebusan daging..agak-agak air rebusan dalam 1 mangkuk..air rebusan digunakan sebagai kuah..perasakan kuah dengan garam secukupnya.. Bahan B 5 biji bawang merah – mayang 15 – 20 biji cili padi – tumbuk Campuran ketumbar, jintan manis dan jintan putih (anggaran campuran dalam 2 s/b – sangai dan tumbuk halus) 2 s/b kerisik 4 biji limau nipis Gaulkan kesemua bahan-bahan ini bersama daging..perasakan dengan garam secukupnya dan perahkan limau nipis (lagi masam lagi sedap..na

Resepi Bluberry Cheese Tart

resepi ni ambil dari blog azlitamasammanis..hari ni saya copy and paste dulu resepi sis azlita..nanti kalau saya sudah cuba buat..saya post kan gambar yea..selagi tak ada gambar tu makna nya saya belom buat laa..hahhahaaha..jom tengok bahan-bahan dan cara-cara nak buat..doa-doa kalau saya buat menjadi laa macam sis ni buat..hihihihi.. bahan-bahan untuk acuan/shell/crust/mangkuk tat: 170gm marjerin atau butter 50gm gula aising 1 biji telur Gred C 290gm tepung gandum 1 sudu kecil esen vanilla acuan tart  Nota : Jika guna telur Gred B, buang dikit putih telur untuk elak crust jadi keras sangat.   cara-cara membuat acuan/shell/crust/mangkuk tat: Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu atau spatula. Jangan putar lama sangat. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh. Untuk mendapatkan doh yang baik masukkan doh dalam

Aidijuma Ohhh Aidijuma - Bahagian 4

Aidijuma misi 13 (02 june 2015) :   hari ni ade keluar 5 design pink label .. yang berkenan sangat-sangat pl red sunflower..tapi tak dapat..seller yang ada jual pulak semua jual mahal..online aj pulak bel u m restock..yang 2 ni memang berkenan juga..hehehe..cantik kan..dapatlah harga cs..     pink label - pink chinese sakura (rm14)   pink label - white gardenia (rm14) misi 1 4 ( 1 2 june 2015) : aj b uat sales..semua cs diskaun rm1..tapi kalu pergi A J U 8 bukit jelutong, shah alam..dapat diskaun rm2..t api nak pergi..jauh..minyak tol makan panas bagai..hihihi..order je laa.. green label - colors decoration flower green label - pastel lego green label - purple hexagon misi 1 5 ( 24 june 2015) : hari ni dengar-dengar ada silent release dekat semua c s aj..walaupom puasa cuba jugak pergi lepas habis k erja..bulan puasa balik pukul 5 ptg sebab masuk awal 8.30 pg..terus ke cs centra l market..ni je yang berkanan di hati.. sempena ramadan aj ada diskaun..