Skip to main content

Posts

Showing posts from 2023

Ubi Kayu Rebus Kelapa Gula Merah

ubi kayu - rebus empuk kepala parut putih + garam halus gula perang (ni kita beli kat pasar malam)

Steamboat Di Rumah

1 perencah tomyam 1 kiub pati tomyam 1 kiub patiayam Serai.lengkuas..daun limau purut. bawang beso..garam. Sotong..udang..cendawan dan bahan-bahan steamboat.

Wajik

2 cawan beras pulut - kukus 1 1/2 cawan gula merah (nisang lg sedap.tp nisang x dop) 1/2 cawan gula pasir (+-) 1 1/2 cawan santan (pati pekat ledok) Secubit garam Daun pandan sipul Masukkan kesemua bahan kecuali pulut.. masak hingga likat.. pastu masukkan pulut.. siap

Masak Lomak Putih Pucuk Salang

Pucuk daun salang - buang tulang daun 2 biji bawang kecik- mayang Ikan bilis - secukupnya/sejemput 1 biji cili besar merah - hiris nipis Santan dan garam Masuk semua dlm periuk, masukkan santan..masak dan perasakan dengan garam..

Pucuk Ubi Rebus Air

10 - 15  batang pucuk ubi ambil yang batang lebut sahaja sebab nak rebus sekali dengan batangnya 1 helai daun kunyit - simpul 1 batang serai - ketuk 1 biji bawang kecil - mayang sedikit ikan bilis garam dan air secukupnya Buh semua dalam periuk..rebus sapai empuk..tutup dengan tudung periuk..perasakan garam..siap.

Masak Sambal Udang Tempoyak

20 ekor udang saiz sedang 1 senduk tempoyak 1 biji bawang besar - mayang cabai burung-tumbuk daun kunyit- simpul serbuk kunyit - nak bagi kuning cantik jerrr santan air dan garam Masukkan semua dalam periuk..perasakan dgn garam.siap

Nasi Hujan Panas Dan Nasi Tomato

NASI HUJAN PANAS 2 cawan beras panjang (rendam 1/2 jam) tumis hingga naik bau.. 2 sb marjerin pelangi 3 biji bunga lawang 3 biji buah pelaga 10 biji cengkih 1 btg kulit kayu manis masukkan.. 1/2 biji bawang besar - mayang 1 inci halia - mayang 1 ikat/simpul daun pandan tumis hingga kekuningan, masukkan.. 1/4 cawan susu cair 2 3/4 cawan air 1/2 sk garam (+-) Masak hingga kelegak sikit.dan tuang dalam periuk nasi td..masak seperti biasa.apabila nasi masak titik pewarna kemudian gembur2 kan..siap. NASI TOMATO 2 cawan beras panjang (rendam 1/2 jam)  tumis hingga naik bau.. 2 sb marjerin pelangi 3 biji bunga lawang 3 biji buah pelaga 10 biji cengkih 1 btg kulit kayu manis masukkan.. 1/2 biji bawang besar- mayang inci halia mayang 1 ikat/simpul daun pandan tumis hingga kekuningan. masukkan.. 1 biji tomato- cincang dadu 2/3 sb sos tomato puri masukkan.. 1/4 cawan susu cair 2 3/4 cawan air 1/2 sk garam (+-) Masak hingga kelegak sikit.dan tuang dalam periuk nasi td..masak seperti biasa..

Masak Lomak Ikan Kayu

  1 biji bawang kecil - tumbuk 1 inci kunyit hidup - tumbuk 20 biji cabai burung - tumbuk 2 3 kumtum bunga kantan - ricih kasar-kasar 3 4 batang daun kesum - ramas ramas sikit bagi keluar bau 2-3 keping asam keping 1 biji santan  air dan garam secukup nya

Masak Lomak Pisang Emas Muda

15-20 biji pisang emas belah 2 3 (tinggalkan kulit sikit-sikit..basuh/rendam kejap dengan air garam) 2 ulas bawang kecik - tumbuk 15 +- biji cabai burung - tumbuk 1 inci kunyit hidup - tumbuk sedikit belacan - tumbuk Ikan bilis - tumbuk sikit sikit sedikit serbuk kunyit (nak bg nampak cantek je) 1 biji Santan air dan garam secukupnya Masukkan kesemua bahan dlm periuk..masak hingga pisang lembut..siap.. 

Keli Masak Asam (masakan rawa)

6 ekor lkan keli - bakar Dah bakar, patah2 kan dan carik2 kan isi supaya air santan meresap kat ikan. 10+- biji bawang kecik - mayang 4 biji limau nipis - perah jus 20 +- biji cabai burung - tumbuk halus 1/2 kg Santan pekat - bancuh dengan air sikit garam secukupnya Gaul semua bahan2 ni..ramas2 pakai plastik tau..karang pijau tangan..rasa masam pedas masinnya..kemudian curahkan atas ikan dan gaul2 rata..siap..

Kandus versi facebook

1/2 kilo tepung gandum 1 sudu kecil mauripan/saf 2 biji telor sederhana 1 sudu gula 1/2 sudu susu 1/2 sudu marjerin Secubit garam/pewarna kuning Cara buat: Campur semua bhn bubuh air agak2 cair mcm buat cekodok.. pastu biarkan kembang.. panaskan kuali rinjiskn minyak serta acuan sapu minyak.. tuang 1 sudu adunan td.. kemudian bubuh jem nenas atau jem kcng merah.. atas sekali bubuh lagi adunan dan tutup dgn tudung periuk dalam 2-3 minit terbalikan..  Pakai api slow je..