hai semua..kali ni nak kongsi kuih legend sepanjang zaman.. lapisan bawah: 1 cawan tepung beras 1 cawan gula 3 1/2 cawan air (kisar dengan 6 helai daun pandan) 1 s/b air kapur (supaya adunan kental sikit) beberapa titis pewarna hijau masukkan kesemua bahan dalam periuk..kacau sebati..baru buka gas dan masak hinggga pekat hingga bunyi letop-letop tu.. masukkan ke dalam bekas kecil-kecil.. lapisan bawah: 1/2 cawan tepung beras 3 1/2 cawan air + santan (1 kotak kara kecil jadikan 3 1/2 cawan air) 1 sudu kfc/secukup rasa garam masukkan kesemua bahan dalam periuk..kacau sebati..baru buka gas dan masak hinggga pekat hingga bunyi letop-letop tu.. masukkan ke atas adunan hijau tadi..sejukkan..