Skip to main content

Tat Nenas Gulung dan Bunga

hai u olls..tahun nak buat tat resepi lain pula..nak cuba resepi daripada fb azlina ina..jom cuba..sedap...

Tat Nenas Gulung dan Bunga 1

mula-mula kita putar ke..gaul ke..mixer ke..semua boleh..
200g buttercup (1 cawan metric)
3 sb susu pekat

kemudian masukkan..
1 biji telur (kuning sahaja)
1 sk esen vanila
kacau semua bahan-bahan ni hingga sebati..

masukkan bahan yang di ayak bersama
2 sb tepung jagung (membukit)
2 sb tepung kastard (membukit)
2 1/2 cawan tepung gandum red rose

uli hingga lembut..kalau masih lembik boleh tambahkan tepung red rose sikit-sikit..

1/2 kg jem nenas premium - gentel bulat atau lonjong 
(1 kg jem nenas = 2 adunan)

Cara: sapu tangan dengan marjerin/minyak gentel bulat-bulat..

untuk sapuan atas tat:
1 biji kuning telur (tak cukup pecahkan lagi telur)

gulung tat dan sapu kuning telor.. 
bakar suhu 160'c/20 minit 

(panaskan oven selama 10 minit)

tat bunga ( 50+- ) biji
tat gulung ( 100 +- ) biji

Tat Nenas Gulung dan Bunga 2
 

Comments