Skip to main content

Red Velvet Cookies

hi..part sini dulu..tahun depan nak cuba..resepi azlina ina juga..hihiihii...

putar atau guna senduk je..tapi saya guna mixer..hahaha..malas nak godek-godek..
1/2 cawan buttercup
1 cawan gula perang


kemudian masukkan..
1 biji telur ( kuning sahaja )

1 sk esen vanila
secubit garam
1 sb minyak sapi

kemudian masukkan..
2 sk pewarna merah
1 sk pewarna oren
2 sb serbuk koko
1 sk cuka
1 sk baking powder
1/2 sk soda bikarbonat  

kemudian masukkan bahan-bahan yang di ayak bersama..
1 3/4 cawan tepung red rose

2 sb tepung jagung
1 sb tepung beras

akhir sekali gunakan senduk saja untuk mengaul..masukkan..
100g white choc chip ( jenis tak mencair bila bakar )
100g almond nib ( bakar dahulu 100'c/10 minit )


tompok-tompok biskut sebesar saiz 20sen..jangan tekan-tekan..biarkan ia berongga dan tinggi..nanti ia akan mengembang dan meleperkan diri..
bakar suhu 160'c/20 minit...

** tiada gambar bermakna saya belum pernah buat laa...hahahaha

Comments