Skip to main content

Posts

Bangkit aka Kuih Bakor

  kuih kesukaan suami.. manisss.. 1 pek tepung ubi (450g +-) 5 helai daun pandan  - cuci, lap dan potong pendek sangai kedua bahan ni hinga menjadi ringan dan gebu.. daun pandan dah kering bermakna tepung dah gebu.. ketepikan dan sejukkan dalam mixer masukkan 1 cawan gula 1 biji telur saiz A 3/4 cawan pati santan mixer hingga semua bahan sebati dan mencari kemudian masuk tepung yang di sangai tadi.. uli hingga sebati.. rehatkan doh sekejap (tutup adunan) kemudian terap dan bakar.. bakar pada  suhu 160'c / 20 minit

Lompat Tikam

lapisan bawah : 1 cawan tepung beras   3 1/2 cawan air (kisar dengan 6 helai daun pandan)  beberapa titis pewarna hijau 1 s/b air kapur sirih (supaya adunan kental) masukkan kesemua bahan dalam periuk.. kacau sebati.. baru buka gas dan masak hinggga pekat hingga bunyi letop-letop tu.. masukkan ke dalam bekas kecil-kecil..  lapisan bawah : 1/2 cawan tepung beras  3 cawan air + santan (1 kotak kara kecil jadikan 3 cawan air)  1 sudu kfc/secukup rasa garam masukkan kesemua bahan dalam periuk..kacau sebati..baru buka gas dan masak hinggga pekat hingga bunyi letop-letop tu.. masukkan ke atas adunan hijau tadi..sejukkan..  di makan dengan..bancuh/masak : 1 cawan gula merah 1 1/2  cawan air

Pecal Sayur

tak pernah buat pecal ni..sedap rupanya..resepi ni kita pakai kuah pecal segera je.kuah pecah jenama jamilah mansor ..order shopee jee..jom masak.. 10 batang kacang panjang - potong panjang-panjang 2 pokok sawi - potong celur hingga layu.. taugeh -  tutup api dan celur sekejap sahaja.. tauhu - goreng garing dan potong kecil-kecil serbuk pecal segera - secukupnya (rendam dengan air panas dalam 20 minit) gaul kesemuanya dan masukkan kuah pecal secukupnya..siap.. nama pun segera.. hihii..

Patin Asam Tempoyak

kali mil masak ikan tempoyak.. biasa makan di kedai je.. jom masak.. 2 - 3 senduk tempoyak masam 3 cawan air gaul kacau sebati kedua bahan ini.. 4 ketul ikan patin / ikan kembong 6 batang pucuk daun kesum - ramas-ramas daun nya 15 - 20 biji cili kampung - tumbuk 2 batang serai - ketuk 2  biji bawang kecil - mayang 1 inci kunyit hidup - tumbuk masukkan kesemua bahan dalam periuk.. masak hingga ikan masak..perasakan dengan garam dan sedikit gula..

Kek Oren

1/2 cawan atau 125g buttercup/majerin pelangi  1/2 cawan gula kastor pukul kedua-dua bahan ni hingga putih melepak-lepak..kemudian masukkan,, 1 sk esen vanilla 1 sk ovellete (tak letak pun boleh) 2 sb susu pekat 4-5 sb sunquick oren mandarin pukul lagi.. setelah ia putih kembang..masukkan sebijik demi sebijik telur..putar hingga kembang.. 3 biji telur gred C kemudian masukkan tepung yang telah di ayak.. 1 cawan tepung kek bluekey putar hingga gebu gebas gitu..dah sebati....tuang adunan ke dalam loyang..nak tabur-tabur buah-buah campur pun boleh.. bakar suhu 150'C / 45+50 minit ..selamat mencuba..

Tapai Pulut

hai semua..kali ni nak kongsi resepi dan cara nak buat tapai pulut..sejak pkp 2 tahun dan tak boleh balik beraya..sis belajar cara nak buat menu sis dari kecil-kecil duk makan..jom cuba.. 1 kg beras pulut  rendam 2-3 jam bagi beras pulut susu atau rendam 8jam bagi beras pulut biasa.. kukus beras pulut dalam 30-40 minit..kemudian keluarkan dan masukkan dalam besen..pastu masukkan.. 1 1/2 cawan air masuk sikit-sikit air dan kacau rata-ratakan dengan pulut..masukkan semua ke dalam pengukus dan kukus lagi selama 30 minit.. pastu masukkan pulut dalam besen (kalau ade dulang besar lagi sesuai) ratakan pulut supaya pulut cepat sejuk..  tunggu sehingga pulut sejuk sepenuhnya..kemudian masukkan  1 biji ragi (saiz 20 sen)   panaskan atas tudung periuk semasa kukus pulut atau jemur bawah matahari.. hancurkan ragi (saya masukkan dalam plastik dan ketuk-ketuk) dan tapiskan semasa nak masukkan dalam pulut..tapis sikit-sikit dan gaul pulut..tapiskan lagi sikit-sikit dan gaul pulut....

Masak Lemak Udang Dengan Buncis

jom masak.. 2-3 biji bawang kecil - tumbuk 1 inci kunyit hidup 15-20 biji cili padi dalam periuk masuk 40 ekor udang (terpulang berapa ekor) 20 batang kacang buncis 1 biji kelapa - santan atau 1 kotak santan kara 1 helai daun kunyit - simpul 1 batang serai - ketuk air dan garam secukupnya masukkan bahan-bahan tumbuk tadi sekali..masukkan garam dan masak hingga masak..