Skip to main content

Posts

Masak Lemak Udang Dengan Buncis

jom masak.. 2-3 biji bawang kecil - tumbuk 1 inci kunyit hidup 15-20 biji cili padi dalam periuk masuk 40 ekor udang (terpulang berapa ekor) 20 batang kacang buncis 1 biji kelapa - santan atau 1 kotak santan kara 1 helai daun kunyit - simpul 1 batang serai - ketuk air dan garam secukupnya masukkan bahan-bahan tumbuk tadi sekali..masukkan garam dan masak hingga masak..

Masak Lemak Ayam

jom masak.. 2-3 biji bawang kecil 15-20 biji cili kampung 1 inci kunyit hidup tumbuk semua bahan ni 1 batang serai - ketuk dalam periuk masukkan 2 biji kentang - potong memanjang 10 ketul ayam 1 biji kelapa - santan atau 1 kotak santan kara 1 sb kerisik air dan garam secukupnya masukkan sekali bahan tumbuk tadi..masak hingga masak..selalu kacau tau..nati tak cantik santan naik kepala..

Tepung Pelita

hai semua..kali ni nak kongsi kuih legend sepanjang zaman.. lapisan bawah: 1 cawan tepung beras  1 cawan gula  3 1/2 cawan air (kisar dengan 6 helai daun pandan)  1 s/b air kapur (supaya adunan kental sikit) beberapa titis pewarna hijau   masukkan kesemua bahan dalam periuk..kacau sebati..baru buka gas dan masak hinggga pekat hingga bunyi letop-letop tu.. masukkan ke dalam bekas kecil-kecil..  lapisan bawah: 1/2 cawan tepung beras  3 1/2 cawan air + santan (1 kotak kara kecil jadikan 3 1/2 cawan air)  1 sudu kfc/secukup rasa garam masukkan kesemua bahan dalam periuk..kacau sebati..baru buka gas dan masak hinggga pekat hingga bunyi letop-letop tu.. masukkan ke atas adunan hijau tadi..sejukkan..

Choc Rice Swiss Cookies

hello ssemua..jom try biskut raya ni pulak..dapp ngeee..jom tera.. choc rice swiss cookies (swiss tart nutella / strwaberi / blueberry ) ambik besen..masukkan..  250g butter  75g gula kastor  1 penutup esen vanila  kacau bahan-bahan ni hingga sebati..seterusnye masukkan..  190g tepung gandum red rose  155g tepung jagung   adun hingga sebati..pastu masukkan..  1/4 cawan choc rice (sis letak hampir 1/2 cawan)   gaul sebati..pastu boleh laa terap..ikot resepi kena pakai nozzle 864 tetapi kat rumah yang ade acuan semperit..hantam je laa labu..hihi..   hiasan pipe kan nutella ke strawberi ke bluberi ke kat atas biskut..sis tabur coklat rice je.. bakar suhu 160c/20 minit

Peanut Butter Cookies

hai..lama tak update blog..dah bersawang bagai..so kali ni sis nak share resepi peanut butter cookies ..jom try.. 1 cawan butter  1 cawan gula kastor  160g mentega kacang ladys choice   kacau 3 bahan ni hingga sebati..kemudian masukkan..  1 cawan tepung jagung  3 cawan tepung gandum red rose gaul-gaul kesemua hingga sebati dan relai..pastu masukkan..  3/4 cawan minyak masak (kalo ade mazola boleh je pakai)   minyak ni masukkan sikit-sikit kemudian gaul, masukkan lagi dan gaul..sampai doh tak melekat di jari..agak-agak dah elok kalau ade baki minyak, ketepikan.. (sis buat minyak cukup-cukup dengan doh) pastu boleh laa terap atau gentel bulat je..hiasan pula..sapukan..  2 biji kuning telor kacang tanah atau kacang shadong belah 2 kat atas..   oven sis bakar 150c/20 minit..asben kata sedap macam mazola..  resepi asal ina azlina..tq

kuih siput resepi mak mertua

dah lama tak buat kuih siput ni..pernah buat sekali je kot resepi mak mertua ni..sedap..boleh cuba guys.. gaulkan kesemua bahan-bahan ni..tenyeh-tenyeh kat papan kuih siput tu sampai jadi bentuk siput.. 6 cawan tepung gandum  1/2 cawan marjerin – cairkan  1 biji telur  1 cawan santan  5 ulas bawang merah – tumbuk halus  2 sb cili kering kisar  2 sk jintan manis  2 sk jintan putih  1 sk paras garam  sedikit daun kari – di racik   goreng hingga kekuningan.. siap..selamat mencuba..

Ketupat Palas

Hai..sempena raya PKPB ni sis belajar buat ketupat palas..nak balik kampung tak boleh..jadi sis tanya laa kakak laa, adik laa, mertua adik laa..tu bab arong pulut..bab bungkus tupak sis belajar dengan adik sis..siap video tutorial..jadi sis nak kongsi cara buat letupat palas.. Rendam dalam 2-3 jam kalau guna beras pulut susu, kalau pakai beras pulut biasa rendam dalam 8 jam atau semalaman.. 1kg beras pulut Pastu kukus pulut selama 40 minit..kalu nak tau masak ke tak..amik beras cuba patahkan..kalu lembut, masak laa tu.. sambil tunggu pulut masak..boleh laa panaskan sampai berbuble sikit-sikit.. 1/2 kg santan pekat/pati santan 1 1/2 sk garam (sudu kfc) boleh rasa kemasinan santan lepas buh garam.. hihiii Tujuan masak agar santan dop cepat basi..tak masak pun boleh je..tapiskan bila tuang dalam pulut supaya serdak-serdak santan tak masuk sekali.. Keluarkan pulut yang kukus tadi..masuk dalam besen besar..dalam keadaan pulut panas-panas tu..tuang santan tadi sikit pastu arong/gau...